Colombia terus bergolak, seorang lagi maut

Colombia terus bergolak, seorang lagi maut

BOGOTA: Seorang lelaki maut dan beberapa ba-ngunan kerajaan serta bank musnah dalam pertempuran baharu antara penunjuk perasaan dan anggota pasukan keselamatan di selatan Colombia, kata pihak berkuasa kelmarin.

Mangsa, yang terbaharu antara beberapa kematian lain dalam keganasan selama hampir tiga minggu, terbunuh ketika tiga balai polis diserang di perbandaran Yumbo di barat daya pada malam Ahad.
Beberapa bangunan kerajaan, termasuk dewan perbandaran, dan beberapa bank di La Plata, di selatan, telah dimusnahkan.

Datuk bandar Yumbo, Jhon Jairo Santamaria memberitahu Caracol Radio bahawa protes telah bermula secara aman namun terdapat “lima orang yang ingin mencetuskan kekacauan.” Beliau menambah bahawa 16 orang tercedera dalam perbalahan itu, dengan segelintir daripada mereka sedang bertarung nyawa.

Polis mengesahkan enam anggotanya tercedera selepas diserang dengan tembakan senjata api.

Keganasan muncul hanya beberapa jam sebelum kerajaan Presiden Ivan Duque dijangka akan bertemu dengan salah sebuah kumpulan yang paling ketara menganjurkan protes, National Strike Committee.
Kumpulan itu, yang me-wakili kesatuan, penduduk peribumi dan pelajar, me-nyatakan sekurang-kurangnya 50 orang telah terbunuh sejak pertempuran meletus pada 28 April.

Menurutnya, beratus-ratus lagi tercedera atau hilang, sementara 21 wanita mengalami keganasan seksual. Kementerian pertahanan menyatakan seorang ang-gotanya turut terkorban.

Penunjuk perasaan pada mulanya memprotes satu reformasi cukai yang kemudian telah ditolak.

— AFP

CATEGORIES
Share This