COVID: 164 pesakit COVID-19 discaj di Sabah semalam

COVID: 164 pesakit COVID-19 discaj di Sabah semalam

KOTA KINABALU,. Seramai 164 pesakit COVID-19 telah discaj semalam menjadikan jumlah kumulatif sembuh kepada 49,702 orang di Sabah, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Masidi berkata setakat ini, 898 pesakit COVID-19 sedang menerima rawatan termasuk 372 orang di hospital, 524 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS).

Bagi perkembangan kes baharu, beliau berkata sebanyak 132 kes direkodkan di Sabah semalam menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 51,561 dengan satu kematian dilaporkan di Keningau.

“Daripada jumlah kes positif COVID-19 yang dicatatkan hari ini, sebanyak 57 kes berpunca daripada saringan kontak rapat, saringan bergejala (sembilan), saringan kluster baharu dan sedia ada (62), prakemasukan wad (satu) dan lain-lain kategori (tiga).

“Sebanyak 61 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan 16 orang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Dalam pada itu, kerajaan negeri telah mengagihkan sebanyak 50,334 bakul makanan kepada golongan memerlukan di 27 daerah di bawah Program Bantuan Prihatin COVID-19 2.0 setakat ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )