COVID: 17,786 kes baharu semalam, tertinggi sejak negara dilanda pandemik

COVID: 17,786 kes baharu semalam, tertinggi sejak negara dilanda pandemik

KUALA LUMPUR,. Kes baharu COVID-19 melonjak kepada 17,786 kes dalam tempoh 24 jam lepas, tertinggi sejak pandemik melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman Facebook memaklumkan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini meningkat kepada 1,113,272.

Pada 28 Julai Malaysia merekodkan 17,405 kes jangkitan baharu wabak itu.

Daripada jumlah kes baharu hari ini, Selangor mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 6,400 diikuti Kuala Lumpur (1,962), Kedah (1,389), Johor (1,144), Sabah (1,035) dan Negeri Sembilan (929).

Terengganu pula mencatatkan 883 kes diikuti Perak (775), Pulau Pinang (713), Melaka (697), Pahang (653), Kelantan (580), Sarawak (485), Putrajaya (116), Perlis (16) dan Labuan (sembilan).

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )