COVID-19: 17,405 kes baharu harian tertinggi semalam

COVID-19: 17,405 kes baharu harian tertinggi semalam

KUALA LUMPUR,. Kes baharu COVID-19 semalam melonjak kepada 17,405 kes dalam tempoh 24 jam lepas, tertinggi sejak pandemik melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini meningkat kepada 1,061,476.

Pada 25 Julai, Malaysia merekodkan 17,045 kes jangkitan baharu wabak itu.

Selangor mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 7,171 kes diikuti Kuala Lumpur (2,880), Kedah (1,112), Sabah (913) dan Negeri Sembilan (863).

Johor pula merekodkan 767 kes, Pulau Pinang (760), Kelantan (532), Melaka (531), Terengganu (490), Sarawak (464), Pahang (429), Perak (406), Putrajaya (68), Labuan (16) manakala Perlis tiga kes.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )