COVID-19: 5,803 kes semalam, Sarawak 491

COVID-19: 5,803 kes semalam, Sarawak 491

KUALA LUMPUR,. Jumlah kes baharu harian COVID-19 di negara ini melebihi angka 5,000 untuk empat hari berturut apabila sejumlah 5,803 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyakk 728,462 kes.

Menerusi perkongsian di laman Twitter hari ini, beliau berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,108 kes; diikuti Negeri Sembilan (741); Kuala Lumpur (628); Sarawak (491); Melaka (355); Johor (329); Pahang (220); Sabah (189); Kedah (186); Pulau Pinang (160) dan Perak (137).

Kelantan pula mencatat 103 kes; Labuan (99); Terengganu (29); Putrajaya (24) dan Perlis empat kes.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This