COVID-19  : 6,323 kes baharu direkodkan hari ini

COVID-19 : 6,323 kes baharu direkodkan hari ini

KUALA LUMPUR : Malaysia mencatatkan 6,323 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,528,821.

Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 59 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 29,486 individu. Jumlah itu juga termasuk 10 kes ‘brought in dead’ (BID) atau kes kematian di luar hospital.

Dalam tempoh sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan, 538 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 274 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Manakala, jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 5,337 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,435,459.

Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 98.5 peratus atau 6,226 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan. Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 1.5 peratus atau bersamaan 97 kes.

Dalam pada itu, empat kluster baharu turut dikesan dengan 288 kluster masih lagi aktif sementara 5,540 kluster telah diisytiharkan tamat. Daripada jumlah itu, tiga kluster membabitkan kluster tempat kerja di Selangor, Johor dan Pahang.

Manakala satu lagi kluster adalah membabitkan Kluster Pendidikan Lain di Kuala Lumpur.

-MOH

CATEGORIES
Share This