COVID-19: 6,982 kes baharu semalam, hari keempat berturut-turut kes lebih 6,000

COVID-19: 6,982 kes baharu semalam, hari keempat berturut-turut kes lebih 6,000

KUALA LUMPUR,. Jumlah kes baharu harian COVID-19 dalam negara terus merekodkan angka melebihi 6,000 untuk empat hari berturut-turut apabila sejumlah 6,982 kes dilapor dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan dengan kes baharu harian itu menjadikan jumlah kumulatif kes kini berjumlah 765,949.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 2,907 kes, diikuti Kuala Lumpur (637); Negeri Sembilan (606); Johor (517); Sarawak (440); Pulau Pinang (351); dan Pahang (329).

Selain itu, Kedah merekodkan 257 kes diikuti Sabah (230); Melaka (202); Perak (182); Labuan (131); Kelantan (129); Terengganu (44); Putrajaya (20); serta tiada kes baharu di Perlis.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )