COVID-19: Angka jangkitan seluruh dunia melepasi 5 juta kes

UNITED KINGDOM,. Jumlah kes positif COVID-19 hari ini mencecah 5 juta di seluruh dunia dengan angka keseluruhan dicatatkan sebanyak 5.04 juta.

Menurut data daripada Johns Hopkins University, terdapat pertambahan 90,000 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam.

Enam negara mencatatkan kes positif melebihi 200,000.

Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.5 juta.

Lima negara lain yang mempunyai kes positif melebihi 200,000 iaitu Rusia, Brazil, United Kingdom, Sepanyol dan Itali.

Sementara itu, enam negara lain mempunyai angka jangkitan melebihi 100,000 iaitu Perancis, Jerman, Turki, Iran, India dan Peru.

Negara lain masih mempunyai kes positif di bawah 85,000 dan jumlah pesakit yang telah sembuh daripada pendemik itu kini mencapai 1.92 juta kes.

COVID-19 telah menular di 188 buah negara.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )