COVID-19: Angka pesakit pulih, tapi ada semula gejala meningkat

COVID-19: Angka pesakit pulih, tapi ada semula gejala meningkat

SEOUL,. Angka pesakit COVID-19 di Korea Selatan yang sembuh, tetapi didapati menunjukkan semula gejala wabak itu meningkat secara konsisten sejak beberapa hari lalu.

Justeru, pihak berkuasa kesihatan mengambil langkah melakukan ujian semula bagi memerangi virus berkenaan, walaupun jumlah jangkitan baharu di negara itu agak perlahan, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (KCDC), Korea Selatan, sebanyak 116 kes membabitkan kes pulih yang kembali hadir dengan gejala dicatatkan semalam.

Angka itu menunjukkan peningkatan kepada tiga kes daripada hari sebelumnya.

Ketika ini, pihak berkuasa kesihatan sedang berusaha untuk mencari punca berlakunya kes sedemikian yang mungkin menjadi punca kepada penularan jangkitan baharu. – BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )