COVID-19: AS beli hotel tempatkan gelandangan, ubah suai jadi hospital

COVID-19: AS beli hotel tempatkan gelandangan, ubah suai jadi hospital

WASHINGTON,. Sejumlah enam mangsa maut akibat jangkitan COVID-19 di Washington, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Mangsa dilaporkan dari King County dan Snohomish County.

Pegawai kesihatan awam Dr Jeff Duchin berkata pihaknya akan membeli hotel untuk digunakan sebagai hospital dan menyediakan tempat tinggal bagi golongan gelandangan dalam kebimbangan ancaman virus tersebut.

Terdahulu, penyelidik berkata COVID-19 mungkin telah merebak selama beberapa minggu dan tidak dikesan di wilayah berkenaan.
Malah lebih banyak kes dijangka akan dicatatkan di Washington, Oregon dan California.

Kes pertama di AS adalah seorang lelaki Washington yang mempunyai sejarah perjalanan ke China.
Namun beberapa kes terbaru di negara Uncle Sam direkodkan tidak berkaitan dengan pelancong.

CATEGORIES
TAGS
Share This