COVID-19: Australia mulakan pembuatan vaksin tempatan

COVID-19: Australia mulakan pembuatan vaksin tempatan

SYDNEY,. Australia pada Isnin memulakan pembuatan vaksin percubaan COVID-19 tempatan yang dibangunkan Universiti Oxford dengan kira-kira 30 juta dos dirancang untuk dihasilkan, lapor agensi berita Xinhua.

Walaupun masih menjalani ujian klinikal, vaksin, yang dikembangkan dengan kerjasama syarikat farmasi AstraZeneca, dianggap mempunyai potensi untuk digunakan di seluruh dunia.

Sebelum ini, firma bioteknologi Australia CSL mempunnyai perjanjian dengan AstraZeneca dan kerajaan Australia untuk memulakan pengeluaran vaksin, dijangka tersedia pada separuh pertama 2021 sekiranya ujian klinikal seterusnya berhasil.

Ketua Pegawai Sains CSL, Andrew Nash, berkata dijangkakan dua dos vaksin diperlukan kepada setiap orang bermakna ia dapat diberikan kepada 15 juta penduduk.

CSL sudah menghasilkan beberapa dos vaksin percubaan yang lain dikembangkan Universiti Queensland, sedang di peringkat memasuki ujian klinikal fasa 2b/3.

Ujian seterusnya yang dibuat universiti itu masih tertangguh kerana menunggu hasil fasa pertama.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This