COVId-19: Dua acara tahunan di Bukit Bendera dibatalkan

GEORGE TOWN,. Dua acara tahunan yang dijadual diadakan di Bukit Bendera tahun ini dibatalkan akibat pandemik COVID-19.

Perbadanan Bukit Bendera (PHC) dalam satu kenyataan memaklumkan dua acara itu ialah ‘Penang Hill Heritage Forest Challenge’ dan ‘Trash Free Hill’, yang asalnya dijadualkan masing-masing pada 23 Ogos dan 27 September.

“Kedua-dua acara itu akan diadakan semula pada 2021 dan tarikhnya akan diumumkan kemudian,” menurut kenyataan itu hari ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )