COVID-19: Indonesia catat 4,494 kes positif baharu

JAKARTA, 26 Sept — Indonesia mencatatkan 4,494 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini mencecah 271,339.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 119,379 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 90 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 10,308 orang.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 69,224 kes, dengan tambahan 1,322 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,102 orang, diikuti Jakarta (1,673), Jawa Tengah (1,386) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )