COVID-19: Indonesia catat hampir 2,000 kes dalam 24 jam

COVID-19: Indonesia catat hampir 2,000 kes dalam 24 jam

JAKARTA,. Kementerian Kesihatan mengumumkan 1,902 kes jangkitan baharu COVID-19 di Indonesia semalam, menjadikan kumulatif kes di negara itu sebanyak 144,945.

Berdasarkan data dikeluarkan kementerian, 69 kes kematian direkodkan menjadikan kumulatif kes kematian sebanyak 6,346.

Jumlah kes sembuh meningkat kepada 98,657 orang.

Ibu negara merekodkan 551 kes baharu, menjadikan 31,016 kes setakat ini, manakala Jawa Timur mencatatkan 335 kes baharu, Jawa Tengah (131), Jawa Barat (104), Kalimantan Timur (91) dan Kalimantan Selatan (82).

Pandemik COVID-19 kini merebak ke 31 wilayah di negara itu. – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This