COVID-19: Itali kuat kuasa sekatan perjalanan mulai hari ini

COVID-19: Itali kuat kuasa sekatan perjalanan mulai hari ini

ROM,. Itali mengumumkan sekatan perjalanan dan langkah pemeriksaan kesihatan awam yang ketat di seluruh negara bermula hari ini.

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte berkata keputusan kerajaan itu memerlukan 60 juta rakyat Itali menunjukkan sebab untuk melakukan perjalanan ke tempat kerja, keadaan kesihatan atau sebab-sebab lain bagi perjalanan luar kawasan tempat mereka tinggal.

Sekatan yang sudah bermula di Itali utara akan diteruskan di seluruh negara hingga 3 April.

Itali mencatatkan 1,807 lagi kes sejak Isnin menjadikan keseluruhan angka kes 9,172.

Dengan angka tersebut, Itali mengatasi Korea Selatan sebagai negara di luar China yang mempunyai angka kes tertinggi.

Bilangan mereka yang meninggal dunia meningkat kepada 463 orang.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )