COVID-19: Kes baharu di Indonesia melepasi angka 10,000 dua hari berturut-turut

COVID-19: Kes baharu di Indonesia melepasi angka 10,000 dua hari berturut-turut

Oleh MOHD SHUKRI ISHAK

JAKARTA, 9 Jan — Indonesia mencatatkan kes baharu COVID-19 melepasi angka 10,00 untuk tempoh dua hari berturut-turut, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 818,386 kes.

Menurut data yang disiarkan menerusi laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, covid19.go.id. hari ini, kes positif baharu COVID-19 bagi tempoh 24 jam itu adalah sebanyak 10,046 kes, selepas mencatatkan rekod tertinggi semalam iaitu 10,617 kes.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 194 lagi kematian berlaku, menjadikan kematian keseluruhan akibat virus itu kini meningkat kepada 23,947 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kes positif tertinggi iaitu 203,411 kes dengan tambahan 2,753 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam manakala provinsi Jawa Timur merekodkan jumlah kes kematian keseluruhan tertinggi iaitu 6,380 orang, dengan 66 lagi kematian bagi tempoh berkenaan.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This