COVID-19: Kes baharu terus menurun, semalam17,672 kes – Dr Noor Hisham

COVID-19: Kes baharu terus menurun, semalam17,672 kes – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR,. Kes harian COVID-19 dalam negara semalam terus menunjukkan penurunan apabila sebanyak 17,672 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Hari sebelumnya Malaysia mencatat 19,807 kes baharu manakala pada Sabtu 22,262 kes.

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata dengan pertambahan kes hari ini, jumlah kumulatif COVID-19 di negara ini kini 1,572,765.

Beliau berkata walaupun Selangor masih mencatat jumlah kes paling tinggi, bilangan kes di negeri itu menunjukkan penurunan dengan 4,316 kes baharu dilapor dalam tempoh 24 jam lepas berbanding lebih 5,000 kes sebelum ini.

Negeri-negeri lain yang mencatat kes melebihi 1,000 adalah Sabah (2,474), Kedah (1,602), Sarawak (1,538), Pulau Pinang (1,451), Johor (1,367) dan Kelantan (1,176).

Perak pula mencatat 952 kes, Kuala Lumpur (891), Pahang (506), Negeri Sembilan (478), Terengganu (470), Melaka (363), Perlis (57), Putrajaya (24) dan Labuan (tujuh).

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This