COVID-19: Lebih 2.7 juta populasi remaja lengkap divaksin

COVID-19: Lebih 2.7 juta populasi remaja lengkap divaksin

KUALA LUMPUR,. Seramai 2,740,609 individu atau 87.1 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun telah lengkap menerima dos vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan melalui portal COVIDNOW, seramai 2,837,402 individu atau 90.2 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara seramai 22,827,262 individu atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan dos vaksin mereka, manakala 23,129,645 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 177,272 dos vaksin telah diberikan semalam, melibatkan 169,380 dos penggalak, 4,675 dos kedua dan 3,217 dos pertama.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 56,394,970 dos vaksin dengan 5,055,934 adalah dos penggalak.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This