
COVID-19: Polis nafi sekatan perjalanan
TAWAU,. Polis menafikan sekatan perjalanan bagi daerah Tawau serta Lahad Datu, berkuat kuasa hari ini selepas kes COVID-19 disahkan di daerah itu, seperti yang tular di media sosial, sejak pagi tadi.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, berkata perkara itu tidak betul dan pihaknya belum menerima arahan sekatan keluar-masuk di kedua-dua daerah itu.
“Belum lagi … akan diputuskan dalam mesyuarat pagi ini bersama Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal),” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Maklumat itu mendakwa berdasarkan statistik kes jangkitan COVID-19 terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan berkuat kuasa serta-merta, warga kerja tidak dibenarkan membuat perjalanan perniagaan atau perjalanan bukan perniagaan, masuk dan keluar daerah Lahad Datu dan Tawau.
Tambah maklumat itu, sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak.
– BERNAMA