COVID-19: Samarahan kini zon merah, Beluru kembali hijau

COVID-19: Samarahan kini zon merah, Beluru kembali hijau

KUCHING: Daerah Samarahan hari ini bertukar kepada merah daripada jingga, menjadikan jumlah zon merah di Sarawak meningkat kepada 13. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata Samarahan kini berstatus merah apabila merekodkan 48 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Selain daerah Samarahan, turut berstatus kawasan zon merah jangkitan COVID-19 adalah Sri Aman, Song, Serian, Subis, Julau, Betong, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu,” ujarnya dalam satu kenyataan.

JPBNS berkata daerah Beluru kembali ke status hijau daripada kuning setelah tiada kes jangkitan tempatan dikesan dalam tempoh 14 hari lepas. Menurut Jawatankuasa itu, ia menjadikan jumlah daerah berstatus hijau di Sarawak meningkat kepada 10 daerah.

“Lain-lain daerah berstatus kawasan zon hijau jangkitan COVID-19 ialah Marudi, Pakan, Matu, Lawas, Daro, Simunjan, Lubok Antu, Tebedu dan Kabong,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara satu daerah berstatus jingga kawasan jangkitan COVID-19 iaitu daerah Sarikei.

Manakala 16 daerah lain iaitu Bau, Mukah, Selangau, Dalat, Limbang, Telang Usan, Tanjung Manis, Kanowit, Belaga, Lundu, Bukit Mabong, Tatau, Pusa, Asajaya, Saratok dan Sebauh kekal berstatus kuning.

-UtusanBorneo

CATEGORIES
Share This