COVID-19: Thailand lapor 3 kes baharu termasuk 2 jangkitan semula

COVID-19: Thailand lapor 3 kes baharu termasuk 2 jangkitan semula

BANGKOK, 25 Sept — Thailand melaporkan tiga kes positif baharu COVID-19 melibatkan rakyat tempatan yang baru pulang dari luar negara.

Dalam kenyataannya hari ini, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) berkata kes melibatkan seorang wanita berusia 42 tahun serta dua lelaki berumur 42 dan 58 tahun.

Menurut kenyataan itu wanita berkenaan baru pulang dari Amerika Syarikat pada Sabtu lepas sementara dua lelaki tersebut masing-masing kembali dari Singapura dan Kuwait.

Sebelum kembali ke tanah air, kedua-dua lelaki tersebut telah diuji positif COVID-19 dan menerima rawatan di negara yang berkenaan, demikian menurut kenyataan itu.

“Kedua-duanya sedang menjalani kuarantin wajib di pusat milik kerajaan ketika diuji positif COVID-19. Pada masa ini mereka sedang menerima rawatan di hospital,” kata CCSA.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan kes terkumpul COVID-19 di Thailand berjumlah 3,519 dengan 59 kematian.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This