COVID-19: Tiga negeri termasuk dua Zon Merah, catat tiada kes aktif – CPRC KKM

COVID-19: Tiga negeri termasuk dua Zon Merah, catat tiada kes aktif – CPRC KKM

KUALA LUMPUR, 30 April — Tiga negeri termasuk dua daerah Zon Merah COVID-19 iaitu Kota Bharu, Kelantan dan Hilir Perak, Perak menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila mencatatkan sifar atau tiada kes aktif, setakat 12 tengah hari semalam.

Berdasarkan infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM hari ini, tiga negeri itu ialah Perlis, Kedah dan Kelantan.

Sementara itu, 15 daerah Zon Merah pula mencatat bacaan jumlah kes aktif antara 1 hingga 40 membabitkan lima di Selangor; tiga di Johor dan Sabah, dua di Pahang serta satu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak.

Di Selangor, membabitkan daerah Gombak (14), Klang (15), Sepang (tiga), Petaling (37) dan Hulu Selangor (satu); Batu Pahat (12), Kulai (22), dan Muar (25) di Johor; Cheras, Kuala Lumpur (27); Putrajaya (27); Rembau, Negeri Sembilan (satu); Jasin, Melaka (15); Jeratut, Pahang (18) dan Kinta, Perak (satu).

Daerah Zon Merah dengan kes aktif lebih 40 pula ialah Hulu Langat, Selangor (66); di Kuala Lumpur ialah Kepong (94), Lembah Pantai (293) dan Titiwangsa (62); Melaka Tengah, Melaka (48); Seremban, Negeri Sembilan (57); Kuching (165) dan Kota Samarahan (64), Sarawak.

Jumlah keseluruhan Zon Merah kekal 30 daerah seluruh negara.

Zon Merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, Zon Kuning (1- 40 kes) dan Zon Hijau tiada kes.

Negeri Selangor masih mencatat bilangan kes positif COVID-19 paling tinggi iaitu 1,404 kes.

Berikut adalah senarai penuh lokasi Zon Merah dengan bilangan kes aktif seluruh Malaysia:

Negeri/Daerah Kes Kes Aktif

Perak
Hilir Perak 65 0
Kinta 95 1

Selangor
Petaling 376 37
Hulu Langat 477 66
Gombak 151 14
Klang 175 15
Sepang 71 3
Hulu Selangor 50 1

Kuala Lumpur
Cheras 101 27
Kepong 200 94
Lembah Pantai 762 293
Titiwangsa 159 62

Negeri Sembilan
Rembau 54 1
Seremban 333 57

Melaka
Jasin 29 15
Melaka Tengah 92 48

Pahang
Jerantut 86 18
Kuantan 131 37

Johor
Batu Pahat 53 12
Kluang 222 84
Johor Bharu 167 48
Kulai 45 22
Muar 52 25

Sarawak
Kuching 307 165
Kota Samarahan 90 64

Sabah
Kota Kinabalu 49 17
Lahad Datu 43 8
Tawau 81 18

JUMLAH 4,516 1,252

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This