
COVID-19: Trump terlalu lambat bertindak tangani penularan wabak
WASHINGTON,. Hampir dua pertiga rakyat Amerika Syarikat (AS) mengatakan Presiden, Donald Trump terlalu lambat mengambil langkah besar menangani ancaman pandemik coronavirus (COVID-19).
Berdasarkan tinjauan oleh Pusat Penyelidikan Pew, yang diterbitkan pada Khamis, 65 peratus mengatakan Trump lambat bertindak balas ketika kes penyakit COVID-19 kali pertama dilaporkan di negara lain.
Tinjauan Pew dilakukan pada 7 hingga 12 April lalu, menerusi responden daripada 4,917 rakyat dewasa Amerika.
Dia pada awalnya kurang memberi perhatian mengenai isu virus itu, sebaliknya cuba mengakhiri pelaksanaan perintah berkurung yang akhirnya melumpuhkan ekonomi terbesar di dunia.
Tinjauan itu mendapati hanya 52 peratus mengatakan kenyataan umum Trump mengenai wabak COVID-19 menjadikan keadaan kelihatan lebih baik daripada yang sebenarnya.
Tiga puluh sembilan peratus pula mengatakan bahawa Trump memberitahu keadaan sebenar situasi pandemik itu, manakala lapan peratus lagi mengatakan dia membuat keadaan kelihatan lebih buruk berbanding realitinya.
Tinjauan Pusat Penyelidikan Pew juga mendapati bahawa 73 peratus rakyat dewasa AS mengatakan, masih banyak masalah baharu belum muncul ketika mereka berdepan wabak COVID-19.
Dengan gabenor setiap negeri yang turut bekerja keras berusaha untuk meredakan sekatan ekonomi, 66 peratus mengatakan kebimbangan mereka yang lebih besar adalah bahawa setiap negeri akan menarik balik sekatan aktiviti awam terlalu cepat.
Sementara itu, 32 peratus ripada jumlah itu, 32 peratus, pula mengatakan pembukaan semula ekonomi tidak akan berlaku dengan cepat.
Presiden AS itu pada Khamis berkata, pembukaan semula ekonomi AS akan berlaku secara beransur-ansur, bermula dengan negeri yang menunjukkan data kes coronavirus (COVID-19) yang rendah.
“Pendekatan kami akan menggariskan tiga fasa bagi memulihkan kehidupan ekonomi kami. Kami tidak membuka sekali gus, tetapi satu langkah yang teliti pada satu masa,” kata Trump.
Kenyataan Trump itu dibuat pada hari yang sama dengan laporan oleh Johns Hopkins University menunjukkan 2,569 kes kematian dalam tempoh 24 jam, jumlah harian paling tinggi direkodkan. – AFP