COVID-19: Tular berita palsu di Twitter, Khairy arah KKM lapor polis, MCMC

COVID-19: Tular berita palsu di Twitter, Khairy arah KKM lapor polis, MCMC

KUALA LUMPUR,. Kementerian Kesihatan (KKM) diarahkan membuat laporan kepada polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung penyebaran berita palsu berkenaan COVID-19 dan vaksinasi menerusi laman Twitter Spaces, baru-baru ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (gambar) menerusi satu hantaran di Twitter semalam berkata beliau telah mengarahkan KKM berbuat demikian terhadap pengguna laman sosial itu yang didakwa menyebarkan berita palsu berkenaan.

“Ada masanya untuk mendidik dan melibatkan diri. Namun, ada juga masanya untuk menguatkuasakan undang-undang. Saya telah minta laporan dibuat kepada PDRM & MCMC atas penyebaran berita palsu berkenaan vaksinasi COVID-19. Cukuplah pembohongan,” katanya.

Sebelum ini tular satu video berdurasi 31 saat yang memaparkan hantaran dilakukan pengguna Twitter berkaitan senarai kematian guru sekolah akibat divaksinasi.

Bagaimanapun hasil semakan Bernama terhadap akaun pengguna Twitter terbabit mendapati ia gagal diakses.

– BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This