
Cristiano Ronaldo positif COVID-19
LISBON,. Bintang bola sepak sensasi merangkap kapten pasukan kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo disahkan positif COVID-19 sekali gus terlepas peluang untuk beraksi dalam perlawanan menentang Sweden pada Rabu, lapor agensi berita Xinhua.
“Cristiano Ronaldo dikeluarkan daripada pasukan kebangsaan selepas dijangkiti COVID-19. Pemain itu berada dalam keadaan baik tanpa gejala dan kini dikuarantin,” memetik laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) pada Selasa.
Ronaldo pemain ketiga Portugal yang dijangkiti COVID-19 selepas Jose Fonte dan Anthony Lopes.
— BERNAMA
CATEGORIES A - Featured