Dadah bernilai RM2.5 Juta dalam bungkusan serbuk teh dirampas

Dadah bernilai RM2.5 Juta dalam bungkusan serbuk teh dirampas

MELAKA,. Taktik menyembunyikan dadah dipercayai syabu bernilai RM2.5 juta di dalam 50 bungkusan serbuk teh bagi mengaburi pihak berkuasa gagal dengan tertangkapnya tiga lelaki dalam serbuan berasingan di Johor dan Klebang Kechil di sini, Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka Supt Zulkiflee Rashid berkata dalam serbuan itu, JSJN Bukit Aman dan JSJN Melaka menahan tiga suspek berumur 27 hingga 56 tahun antara jam 7.40 malam hingga jam 8.40 malam.

Beliau berkata suspek berumur 56 tahun yang juga seorang kontraktor ditahan bersama anaknya, seorang penganggur berumur 27 tahun di kawasan parkir di sebuah pangsapuri di Klebang Kecil, manakala seorang lagi suspek, juga penganggur berumur 49 tahun ditahan di Benut, Pontian, Johor.

“Dengan tangkapan ini polis berjaya menumpaskan satu aktiviti pengedaran dadah didalangi warga tempatan di sekitar Melaka dan merampas sejumlah 51.8 kilogram dadah disyaki syabu dipercayai untuk pasaran tempatan dan negara jiran.

Polis menemukan 50 bungkusan iaitu 20 bungkus daripadanya di but sebuah kereta, manakala 30 bungkusan di tempat kaki belakang sebuah lagi kereta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini semalam.

Zulkiflee berkata semua suspek direman tujuh hari sehingga 2 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

Katanya semua suspek mempunyai rekod berkaitan kes dadah dan jenayah lampau.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )