DAP akan terus berkhidmat di Pujut

KUCHING,. DAP akan terus berkhidmat di kawasan Dewan Undangan Negeri Pujut di Miri sehingga tamat penggal pentadbiran, walaupun ahlinya Dr Ting Tiong Choon dilucutkan dari kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Selasa.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dalam satu kenyataan berkata walaupun parti itu kecewa dengan keputusan mahkamah tertinggi negara, ia tidak akan menghalang mereka daripada terus memberikan perkhidmatan, terutama kepada penduduk di Pujut.
“Sejak terpilih, Dr Ting telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang wakil rakyat yang rajin dan berdedikasi.

“Oleh itu walaupun dengan pelucutan jawatannya, pusat perkhidmatan beliau akan terus beroperasi sebagai pusat perkhidmatan DAP dan beliau akan terus berkhidmat sehingga tamat penggal,” katanya.
Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan pada Selasa memutuskan bahawa tindakan Dewan Undangan Negeri Sarawak membatalkan kedudukan Dr Ting sebagai ADUN Pujut adalah betul disebabkan status dua kewarganegaraan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )