Dato’ Abdul Rahman Dahlan Sarankan Kerajaan hentikan operasi Pasaran saham

Dato’ Abdul Rahman Dahlan Sarankan Kerajaan hentikan operasi Pasaran saham

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Saya berpendapat sudah tiba masanya untuk menutup operasi pasaran saham Kuala Lumpur (Bursa) untuk sementara waktu.

Semua orang tahu bahawa pasaran saham seluruh dunia sedang melalui fasa panik dan urusan jual beli adalah berdasarkan emosi dan spekulasi semata-mata. Ia bukan berasaskan fakta, angka atau kekuatan syarikat.

Banyak syarikat di Bursa mempunyai fakta asas (fundamentals) yang kukuh tetapi saham mereka menjunam kerana faktor panik. Ini kita perlu elakkan.

Kita perlu memberi “ruang untuk bernafas” kepada pelabur besar negara seperti KWSP, Tabung Haji dan Khazanah serta lain-lain. Perlu ada “tempoh sejuk” (cooling off period). Kalau tidak, mereka akan mengalamai kerugian yang dasyat yang akan memberi kesan yang teruk kepada rakyat Malaysia dalam jangka masa yang panjang.

Selalunya penutupan bursa saham akan menjadikan pelabur panik dan mereka akan menjual saham mereka sejurus pasaran di buka. Itu sebabnya dalam keadaan biasa, penutupan pasaran saham tidak digalakkan.

Namun, dalam situasi sekarang ini, panik maksimum sudah pun berlaku diseluruh dunia termasuk Malaysia. Saya agak ramai yang akan merasa lega, bukannya merasa panik, jika pasaran saham ditutup buat sementara waktu.

Kita kena lindungi apa yang masih tinggal dalam nilai ekonomi kita sekarang ini. Jangan hancurkan lagi apa yang sudah rosak.

Lagipun negara lain juga sedang memikirkan perkara yang sama.

DARD
Dato’ Abdul Rahman Dahlan
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Ketua UMNO Sabah, Bahagian Tuaran
17.03.20

CATEGORIES
Share This