Dembele kembali ke padang latihan

Dembele kembali ke padang latihan

MADRID,. Penyerang Barcelona Ousmane Dembele boleh meneruskan pemulihan daripada kecederaan hamstring di padang latihan kelab selepas lulus saringan COVID-19, umum kelab itu.

Dembele menjalani pembedahan di paha kanan pada Februari, di mana kelab juara Sepanyol itu menjangkakan proses pemulihan akan memakan masa enam bulan.

Kali pertama ototnya koyak ialah pada November tetapi kecederaan itu berulang pada Februari selepas dia kembali berlatih.

“Ousmane Dembele kembali ke Ciutat Esportiva Rabu ini (semalam) selepas lulus ujian mandatori untuk meneruskan proses pemulihan paha kanannya,” kata kelab itu.

Barca turut memuat naik gambar pemain 23 tahun itu memakai pelitup dan sarung tangan, sambil menunjukkan tanda bagus ketika tiba di padang latihan.

Dembele menyertai Barcelona dari Borussia Dortmund pada tahun 2017 tetapi kariernya di Sepanyol dibelenggu kecederaan.

Dia hanya memulakan 35 aksi La Liga untuk Barca sepanjang tiga musim bersama kelab itu. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This