Detik manis Regu wanita Indonesia raih emas Olimpik Tokyo

Detik manis Regu wanita Indonesia raih emas Olimpik Tokyo

TOKYO,. Semalam detik paling manis bagi Regu wanita rangking keenam dunia Greysia Polii dan Apriyani Rahayu dari Indonesia menewaskan pilihan kedua dari China, Chen Qingchen dan Jia Yifan 21-19, 21-15 pada perlawanan akhir badminton Olimpik Tokyo, Isnin.

Pasangan Indonesia itu memulakan rentak permainan dengan bersemangat sehingga berjaya menundukkan lawan dengan ‘straight-set’, lapor Agensi Berita Xinhua.

Sementara itu regu Korea Selatan Kim So-yeong dan Kong Hee-yong menumpaskan rakan senegara Lee So-hee dan Shin Seung-chan 21-10, 21-17 untuk merangkul gangsa. – Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This