Digi memulakan Oktober dengan tawaran menarik

Digi memulakan Oktober dengan tawaran menarik

KUCHING,. Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) memulakan Oktober dengan tawaran menarik yang boleh didapati dalam talian bulanannya menerusi Jualan 10.10 Digi.

Menurut kenyataan medianya semalam, jualan tujuh hari itu menampilkan tawaran eksklusif untuk pelanggan pascabayar dan prabayar serta penjimatan peranti yang menarik.

Tawaran eksklusif ini katanya, akan tersedia melalui Digi Store Online dan aplikasi MyDigi bermula dari 7 Oktober 2022, 12 tengah hari hingga 13 Oktober 2022, 11:59 tengah hari.

“Antara lainnya, Digi Pakej Power Jimat. Melaluinya, pelanggan Digi boleh mendapatkan telefon pintar OPPO A57 pada harga RM299 sahaja (RRP: RM799) semasa Jualan 10.10.

“Pakej ini disertakan dengan akses semua internet berkelajuan tinggi 40GB bulanan serta panggilan tanpa had apabila dipasangkan dengan pelan Digi Postpaid 60.

“Tawaran peranti ini boleh didapati melalui Digi Store Online sementara stok masih ada,” katanya.

Selain itu, pelanggan Prabayar Digi ujarnya, boleh menikmati diskaun 50 peratus dan boleh melanjutkan talian prabayar mereka selama 365 hari dengan Digi’s Super Long Life pada harga RM54 sahaja (RRP: RM108).

Pelanggan katanya, boleh mendaftar untuk tawaran diskaun masa terhad ini sekarang melalui aplikasi MyDigi bagi memastikan talian prabayar mereka aktif dan kekal berhubung di mana-mana, bila-bila masa selama satu tahun.

Selain itu, pelanggan Digi berpeluang menstrim dan melayari Internet sepuas hati dengan pas Internet berkelajuan tinggi 100GB.

Dengan hanya RM9, pas (sah empat hari) itu disertakan dengan akses YouTube tanpa had.

Tersedia untuk pelanggan Prabayar dan Pascabayar Digi, pas Internet boleh dibeli melalui Digi Store Online atau aplikasi MyDigi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan 10.10 Digi, sila layari https://digi.my/1010.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )