Digi perkenalkan ‘Gemilang Deals’ sempena sambutan Hari Kebangsaan

Digi perkenalkan ‘Gemilang Deals’ sempena sambutan Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR,. Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) menawarkan ‘Gemilang Deals’ mulai hari ini sehingga 30 September, 2021 sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bertujuan membantu pelanggan untuk terus kekal berhubung dan produktif.

Digi dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata ia juga sebagai menyokong pakej peranti RM1 Malaysia Prihatin bagi membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf pelbagai peranti mudah alih yang menyokong 4G dan VoLTE bermula pada harga RM1.

“Pelanggan boleh membeli telefon pintar 4G terpilih pada harga RM1 menerusi pakej Digi PhoneFreedom 365 (PF365) atau Digi Smart Bundle,” katanya.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Praveen Rajan berkata Digi menawarkan ‘Gemilang Deals’ untuk membantu memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat memiliki telefon pintar dan mempunyai akses kepada pelan internet yang bersesuaian dengan keperluan digital mereka.

Pelanggan prabayar Digi akan menikmati tawaran pada masa yang terhad iaitu RM5 untuk 5GB (harga biasa RM5 untuk 3GB) apabila mereka membuat tambah nilai internet dalam tempoh promosi ini.

Sementara itu, U Mobile menawarkan pelanggan baharu dan sedia ada, peranti mudah alih yang menyokong 4G dan VoLTE pada harga RM0.99 mulai sekarang sehingga 16 September, 2021.

Pelanggan perlu memilih pakej pelan pascabayar Unlimited HERO P79, P99, P139 atau Giler Unlimited GX68 untuk tawaran tersebut, selain itu pelanggan juga akan menikmati panggilan lebih jelas dan berdefinisi tinggi, sambungan panggilan lebih pantas serta dapat kekal berada dalam talian dengan kelajuan data 4G walaupun sedang berada dalam panggilan suara.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This