Dr Wan Azizah ucap tahniah kepada Panglima ATM baharu

KUALA LUMPUR,. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada Jen Tan Sri Affendi Buang yang dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ke-21.

“Semoga Angkatan Tentera Malaysia terus mantap di bawah kepimpinan beliau,” katanya menerusi catatan di laman Twitter dan Facebook rasmi, hari ini.

Affendi, 57, menggantikan Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang bersara wajib pada Khamis.

Pelantikan beliau yang berkuat kuasa semalam disaksikan sendiri oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu pada majlis serah terima tugas jawatan nombor satu ATM itu di Wisma Pertahanan.
Affendi sebelum ini berkhidmat sebagai Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia sejak 21 Dis 2016.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )