Dua kotak hitam pesawat tergelincir di Kerala ditemui

KOZHIKODE,. Dua buah kotak hitam yang merekodkan maklumat di dalam pesawat yang tergelincir dari landasan di Kerala, India telah diambil bagi tujuan siasatan.

Perkara itu disahkan Menteri Penerbangan Awam India, Hardeep S. Puri, yang melawat kawasan nahas pesawat itu pada Sabtu.

Beliau pada masa sama mengesahkan seramai 18 orang terkorban dan lebih 120 mangsa cedera. Kedua-dua juruterbang Air India Express merupakan antara yang terkorban dalam kejadian itu.

Manakala 15 yang tercedera kini berada dalam keadaan kritikal.
Dilaporkan, enjin pesawat pecah kepada dua bahagian dan ditemui dalam kawasan lembah sedalam 10 meter.

Pesawat itu membawa 174 penumpang dewasa, 10 kanak-kanak, dua juruterbang dan lima kru penerbangan.
Air India Express Boeing 737 dari Dubai itu adalah pesawat evakuasi COVID-19. Kemalangan berlaku kira-kira 7.40 malam waktu tempatan dalam keadaan hujan lebat.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )