Dua maut selepas bangunan enam tingkat runtuh
NAIROBI,. Sekurang-kurangnya dua maut dalam kejadian runtuhan sebuah bangunan enam tingkat di bandar Nairobi di Kenya pada Jumaat.
Menurut pihak berkuasa, masih ada mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan itu.
Ketua Polis Nairobi memaklumkan, setakat ini sekurang-kurangnya sepuluh mangsa berjaya diselamatkan tanpa menggunakan bantuan kecemasan sebelum anggota bomba dan tentera tiba di tempat kejadian.
Lapan daripada mereka sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
Untuk rekod, terdapat 57 bilik yang disewa dalam bangunan itu dan 22 keluarga menetap di dalamnya.
Bagaimanapun, punca runtuhan itu masih belum dikenal pasti.
Bangunan runtuh dikatakan sudah menjadi kebiasaan di Nairobi kerana pelan pembangunan yang tidak teratur.