Dua maut, sembilan hilang kapal karam antara Jepun dan Korea Selatan

Dua maut, sembilan hilang kapal karam antara Jepun dan Korea Selatan

TOKYO: Dua kelasi disahkan maut dan sembilan lagi hilang kelmarin selepas sebuah kapal kargo karam di laut yang bergelora antara Jepun dan Korea Selatan, kata pihak berkuasa Jepun. Pengawal pantai dari kedua-dua negara, disertai oleh pesawat tentera dan sebuah kapal persendirian, berjaya mengesan 13 daripada 22 kelasi Jin Tian, kata pengawal pantai Jepun.

Namun pihak berkuasa perubatan Jepun kemudian mengesahkan dua daripada kelasi yang diselamatkan telah meninggal dunia.

Kelasi tersebut berasal dari China dan Myanmar, namun identiti sebenar mangsa yang meninggal dunia, diselamatkan dan hilang masih belum jelas, ujarnya.

Kapal Jin Tian menghantar isyarat kecemasan pada petang Selasa dari kedudukan kira-kira 110 kilometer barat Pulau Danjo yang terpencil di barat daya Jepun.

— Agensi

CATEGORIES
Share This