Duterte gesa hukuman mati menerusi suntikan maut

Duterte gesa hukuman mati menerusi suntikan maut

MANILA,. Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, menggesa pelaksanaan hukuman mati menerusi suntikan maut, sebagai usaha mengembalikan hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah.

“Saya menegaskan keperluan menyegerakan pengenalan undang-undang hukuman mati menerusi suntikan maut bagi kesalahan berkaitan salah guna dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Negara (SONA) kelima di Batasang Pambansa di Kongres Filipina semalam.

Duterte berulang kali menyatakan pendirian terbuka untuk mengembalikan hukuman mati, yang dihentikan di Filipina pada 2006, bagi kesalahan pengedaran dadah dan jenayah kejam lain kerana ia akan membuatkan penjenayah gerun.

Usaha memperkenalkan semula hukuman mati menjadi antara agenda utama pentadbiran Duterte, yang turut menjadi sebahagian ucapan SONA beliau tahun lalu. – AGENSI

CATEGORIES
TAGS
Share This