Eain Yow gagal teruskan cabaran di Klasik Qatar

Eain Yow gagal teruskan cabaran di Klasik Qatar

KUALA LUMPUR,. Pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow, gagal meneruskan cabaran di Kejohanan Skuasy Klasik Qatar 2020 di Doha, selepas tewas dalam perlawanan pusingan ketiga hari ini.

Bagaimanapun pemain nombor 31 dunia itu, memberikan cabaran sengit kepada pemain nombor satu dunia Ali Farag dari Mesir, sebelum tewas dengan keputusan 5-11, 7-11 dan 7-11, pada perlawanan yang berlangsung sekitar 35 minit dan turut disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen di negara itu.

Dalam perlawanan sebelum ini, Eain Yow yang menjalani latihan di Bristol, England itu telah menewaskan seorang lagi pemain dari Mesir Karim El Hammamy dalam pusingan pertama dan pemain nombor 24 dunia Declan James dari England, dalam pusingan kedua.

Farag akan bertemu antara pemain pilihan kelima, Diego Elias dari Peru atau Miguel Rodriguez dari Colombia pada suku akhir, esok.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )