Elak buat spekulasi insiden pegawai komando tertembak di Sabah – Mohamad

Elak buat spekulasi insiden pegawai komando tertembak di Sabah – Mohamad

KUALA LUMPUR,. Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden pegawai komando tertembak ketika gimik penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia di Lok Kawi, Sabah, hari ini, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Sebaliknya, orang ramai perlu menunggu hasil laporan bedah siasat bagi menghormati sensitiviti keluarga Allahyarham dan pihak kementerian merakamkan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham berhubung insiden berkenaan.

“Allahyarham, yang juga anak kepada seniman veteran tanah air, AR Badul (Armaya Aman Ramlie) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu pada 9.20 pagi ini.

“Saya berharap keluarga Allahyarham tabah menghadapi suasana pilu ini dan kami di Kementerian Pertahanan amat bersimpati atas kesedihan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Pegawai tentera dari Grup Gerak Khas itu dikenali sebagai Mej Mohd Zahir Armaya, 36, meninggal dunia dipercayai tertembak ketika membuat aksi gimik berkenaan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )