Elak insiden lompat melompat, wajibkan akuan sumpah calon PRN

Elak insiden lompat melompat, wajibkan akuan sumpah calon PRN

KOTA KINABALU,. Majlis Belia Sabah (MBS) menggesa setiap calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk diwajibkan menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus setia kepada kem masing-masing.

Presiden Majlis Belia Sabah Ahmad Farid Sainuri dalam kenyataannya semalam berkata, insiden menukar kem dalam kalangan Ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas memenangi kerusi adalah tidak salah secara teknikal akan tetapi salah dari segi moral.

Beliau berkata, perkara terbabit memberi gambaran suri tauladan yang sangat buruk kepada golongan belia di Sabah.

Jelasnya, meskipun ia masih dalam ruang lingkup amalan demokrasi yang dibenarkan, seharusnya integriti bukanlah perkara yang boleh didagangkan semudah itu terutamanya apabila ia melibatkan mandat rakyat yang memilih seseorang berdasarkan watikah lantikan parti yang diwakilinya.

Justeru, MBS menyeru untuk mana-mana calon yang bakal bertanding kelak supaya bersedia untuk menjadi wakil rakyat di pihak kerajaan yang produktif atau pun wakil rakyat di pihak pembangkang yang mampu membangkang dengan efektif.

“Dalam amalan demokrasi, apa yang lebih penting adalah aktiviti semak dan imbang, bukannya keghairahan untuk mendapatkan jawatan dan memenangi kepentingan tertentu,” katanya.

CATEGORIES
TAGS
Share This