Enam dikompaun tidak pakai pelitup muka di Port Dickson

PORT DICKSON,. Polis mengenakan kompaun terhadap enam individu kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam dalam pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang dijalankan di beberapa premis, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kesemua mereka dikompaun RM1,000 seorang yang perlu dijelaskan di Pejabat Kesihatan Port Dickson dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan.

“Orang ramai dinasihatkan agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan dengan sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan mengelak berada di tempat sesak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )