Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands – Bomba
KUALA LUMPUR,. Enam maut manakala lapan lagi cedera apabila sebuah van terbabas di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands dekat Bentong, Pahang petang semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata kemalangan tersebut berlaku pada 1.15 tengah hari semasa van yang dinaiki 14 orang itu sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.
Kesemua mangsa yang terlibat telah dibawa ke Hospital Bentong dan Hospital Selayang,” katanya kepada Bernama semalam.
Beliau berkata kesemua mangsa dipercayai warga tempatan dan adalah sekumpulan pelancong dari Kulim, Kedah.
— Bernama