Eropah Timur, Asia Tengah terus catat peningkatan kes COVID-19

Eropah Timur, Asia Tengah terus catat peningkatan kes COVID-19

KAZAKHSTAN,. Lebih banyak kes dan kematian COVID-19 dilaporkan di negara Eropah Timur dan Asia Tengah pada Jumaat, lapor agensi berita Anadolu.

Belarus mencatatkan 958 kes menjadikan jumlah keseluruhan 27,730. Sejumlah 321,705 ujian saringan COVID-19 sudah dijalankan dan 156 pesakit maut.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Kazakhstan berkata kes di negara ini meningkat kepada 5,689, jumlah korban bertambah 34 orang manakala 2,639 pesakit pulih.

Azerbaijan pula melaporkan 101 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 2,980. Jumlah pesakit sembuh 1,886 dengan 36 kematian.

Di Uzbekistan 30 lagi kes baharu dilaporkan menjadikan keseluruhan sebanyak 2,682 orang, sementara angka korban mencecah 11. Sejumlah 460,000 ujian saringan sudah dilakukan.

Tajikistan mencatatkan 1,118 kes dengan 33 pesakit meninggal dunia setakat ini.

Di Georgia menyaksikan sejumlah 671 kes dilaporkan, 393 pesakit sembuh dan 12 kematian.

Jumlah kes di Moldova meningkat kepada 5,745 dengan 192 kes baharu dilaporkan termasuk sembilan kakitangan kesihatan, dalam tempoh 24 jam lalu. Setakat ini, 202 orang maut akibat virus itu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This