Facebook dan Instagram hapus jutaan akaun palsu dan pengisian kontroversi

CALIFORNIA,. Syarikat media sosial gergasi, Facebook bertindak menghapuskan sebanyak 5.4 juta akaun palsu sejak Januari sehingga September 2019.

Menurut laporan Facebook, semua akaun palsu ini sudah dikenalpasti dan tidak direkodkan sebagai pengguna pada setiap bulan.

Facebook menyatakan sekitar lima peratus daripada keseluruhan pengguna bersamaan dengan 2.45 juta akaun adalah palsu.

Tidak hanya terhenti setakat itu, Facebook turut memadamkan 18.5 juta pengisian yang mengandungi foto kanak-kanak bogel serta eksploitasi seksual dalam tempoh April hingga September.

Selain itu, Facebook turut menghapuskan 11.4 juta pengisian berbaur kebencian dalam enam bulan terakhir.

Usaha-usaha memadamkan pengisian itu dilakukan secara proaktif, terutamanya yang berkaitan dengan aktiviti ekstrimis dan eksploitasi kanak-kanak.

Pada masa sama, Facebook turut memperluaskan jaringan pengisian yang berkaitan dengan propaganda pengganas yang mana sebelum ini hanya terhad kepada data Al-Qaeda, ISIS dan sekutunya.

Dalam laporan terkini, Facebook turut menunjukkan bahawa mereka juga berupaya mengesan posting oleh kelompok-kelompok ekstremis lain.

Selain Facebook, Instagram turut melakukan perkara sama dengan memadam posting daripada akaun pengguna.

Begitupun, pengisian yang berpotensi mengundang kontroversi secara proaktif di Instagram masih berada pada tahap rendah dalam semua kategori berbanding di Facebook.

Walaupun menggunakan sistem pengesan yang sama, metrik yang dipakai di kedua-dua platform media sosial itu berbeza, jelas Facebook.

Sebagai contoh fungsi aplikasi dan bagaimana aplikasi digunakan.

Dalam suku ketiga 2019 pula, lebih daripada 11.6 juta pengisian yang menunjukkan kanak-kanak tanpa pakaian dipadamkan di Facebook manakala di Instagram pula sebanyak 754,000.

Buat julung kalinya, laporan transparansi Facebook turut mendedahkan data tentang pengisian berhubung tindakan mencederakan diri sendiri.

Dilaporkan sekitar 2.5 juta posting dengan pengisian yang memperlihatkan atau mendorong kepada tindakan membunuh diri atau untuk mencederakan diri sendiri berjaya dihapuskan dalam suku ketiga 2019.

Selain itu, 4.4 juta pengisian pula dikaitkan dengan penjualan ubat-ubatan terlarang dalam tempoh April hingga September.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )