FDA syor beri suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 secara tahunan

FDA syor beri suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 secara tahunan

WASHINGTON,. Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengeluarkan pelan baharu mengenai suntikan dos penggalak vaksin COVID-19, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) di bawah pelan baharu itu FDA mencadangkan pemberian suntikan vaksin COVID-19 secara tahunan untuk kebanyakan golongan dewasa di negara ini sama seperti suntikan influenza.

Perkara itu dinyatakan dalam satu dokumen taklimat yang dikeluarkan menjelang mesyuarat pakar vaksin yang dijadualkan pada Khamis.

“Tetapi sebarang rancangan untuk vaksin COVID-19 itu mesti mengambil kira masa yang diperlukan untuk menghasilkan dos vaksin yang mencukupi,” kata FDA.

Keputusan mengenai komposisi vaksin yang disyorkan boleh dibuat tepat pada masanya mengikut pengeluaran tidak lewat daripada September setiap tahun.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This