Fernandes lepaskan semua jawatan kecuali dalam AirAsia Group, AirAsia X

Fernandes lepaskan semua jawatan kecuali dalam AirAsia Group, AirAsia X

KUALA LUMPUR,. Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd Tan Sri Tony Fernandes akan mengundurkan diri daripada semua jawatannya kecuali dalam AirAsia Group dan AirAsia X.

Beliau, bagaimanapun tidak menyatakan bila perkara itu akan berlaku.

Dalam satu ciapan hari ini, beliau berkata keputusan itu diambil untuk menaikkan generasi pemimpin AirAsia seterusnya, ke barisan hadapan.

“Sebagai langkah pertama untuk berundur dan menggerakkan generasi pemimpin AirAsia seterusnya ke barisan hadapan, saya akan mengundurkan diri daripada semua jawatan, kecuali AirAsia Group dan AirAsia X,” tambah Fernandes.

Bulan lepas, AirAsia mengumumkan penstrukturan semula kepimpinan untuk menyokong transformasinya menjadi sebuah syarikat platform perjalanan dan kewangan, dan membina airasia.com menjadi jenama gaya hidup.

Fernandes sebagai CEO airasia.com – platform e-dagang perjalanan dan gaya hidup AirAsia – dengan matlamat untuk melantik seorang CEO baharu yang akan melaporkan kepadanya dalam tempoh terdekat.

Latihan penstrukturan semula termasuk Aireen Omar yang telah dilantik sebagai presiden AirAsia Group (redBeat Ventures) dan akan mengetuai bahagian modal teroka korporat.

Setakat 3.52 petang, saham AirAsia turun satu sen kepada RM1.78, dengan 4.25 juta saham diniagakan, manakala AirAsia X naik setengah sen kepada 17.5 sen, dengan 1.03 juta unit bertukar tangan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This