Filem ‘Parasite’ dari Korea Selatan raih anugerah Oscar

Filem ‘Parasite’ dari Korea Selatan raih anugerah Oscar

SEOUL,. Filem popular “Parasite” dari Korea Selatan meraih anugerah Oscar untuk kategori lakon layar terbaik pada tahun ini.

Filem hasil karya bersama Bong Joon-ho dan rakannya Han Jin-won, dinobatkan sebagai pemenang pada Anugerah Akademi ke-92 yang berlangsung di Dolby Theatre di Los Angeles pada Ahad (waktu tempatan AS).

Filem itu mengatasi “Knives Out” arahan Rian Johnson, “Marriage Story” (Noah Baumbach), “1917” (Sam Mendes) dan “Once Upon a Time in Hollywood” (Quentin Tarantino).

Ia kali pertama filem dari Korea memenangi anugerah Oscar.

“Parasit” juga filem bukan berbahasa Inggeris pertama memenangi anugerah lakon layar terbaik sejak kemenangan “Talk to Her” dari Sepanyol hasil tulisan Pedro Almodovar pada 2002.

“Parasit” juga dicalonkan untuk lima kategori lain antaranya filem terbaik, pengarah terbaik, skrip terbaik dan penyuntingan terbaik.

— BERNAMA-NNN-YONHAP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )