Filipina dibadai taufan, usaha pindahkan penduduk berisiko tinggi

Filipina dibadai taufan, usaha pindahkan penduduk berisiko tinggi

MANILA,. Taufan kuat yang membadai kawasan tengah Filipina memaksa langkah pemindahan rumit dan berisiko tinggi, membabitkan puluhan ribu orang yang terperangkap di kediaman masing-masing di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19.

Sekurang-kurangnya 200,000 orang tinggal di kawasan pesisir pantai di daerah yang selalu dibadai taufan Vongfong, dan dikhuatiri membawa ancaman tanah runtuh dengan angin kencang bersama hujan lebat.

Menurut agensi cuaca kebangsaan, taufan Vongfong mampu menghasilkan angin kencang sekuat 190 kilometer sejam berserta hujan lebat sehingga boleh mengakibatkan banjir dan tanah runtuh.

Kawasan yang menjadi landasan taufan itu tertakluk di bawah peringkat kuarantin pandemik COVID-19 berbeza-beza.

Masih ramai orang yang tinggal di rumah bagi mengelak penularan jangkitan wabak itu.

Filipina merekodkan 772 kematian dan 11,618 kes jangkitan COVID-19. Diramalkan, angka itu akan meningkat oleh kerana kekangan ujian saringan.

— ASTRO AWANI

CATEGORIES
TAGS
Share This