
Fulham-Brentford rebut tiket Liga Perdana
LONDON,. Fulham akan berdepan Brentford dalam final playoff Liga Kejuaraan selepas menewaskan Cardiff 3-2 secara agregat walaupun kalah 2-1 pada aksi timbal balik separuh akhir.
Curtis Nelson membuka jaringan selepas lapan minit untuk Cardiff merapatkan jurang, tetapi ia hanya bertahan kurang seminit apabila Neeskens Kebano kembali menyamakan kedudukan.
Fulham mempunyai beberapa peluang untuk melebarkan jurang sebelum rehat, tetapi sebaliknya diancam kebangkitan Cardiff selepas pemain gantian Lee Tomlin menemui sasaran dengan sentuhan pertamanya di awal babak kedua.
Skuad kendalian Scott Parker bagaimanapun mempertahankan kelebihan agregat mereka untuk menempah pertemuan tetangga London Barat dengan Brentfod di Wembley pada 4 Ogos.
Pertemuan itu menjanjikan kenaikan ke Liga Perdana Ingggeris yang bernilai 170 juta pound (RM945.5 juta) buat pemenang.
“Ia tidak menarik langsung. Ia adalah permulaan terburuk dapat anda bayangkan.
“Kelebihan 2-0 agak pelik jika difikirkan. Ia terasa seperti selesa tetapi pada masa sama ia sebaliknya.
“Kami dikecewakan oleh diri sendiri apabila tidak bermain seperti biasa, dan membuatkan kami tertekan,” kata kapten Fulham Tom Cairney. – AFP