Gempa bumi di Afghanistan, Malaysia rakam ucapan takziah

Gempa bumi di Afghanistan, Malaysia rakam ucapan takziah

PUTRAJAYA,. Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada rakyat Afghanistan susulan gempa bumi yang melanda negara ini pada 22 Jun.

Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan wilayah Paktika dan Khost telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dengan ribuan lagi cedera serta kemusnahan harta benda dan infrastruktur awam.

Menurut kenyataan Kementerian Luar pada Khamis rakyat Malaysia bersolidariti dengan rakyat Afghanistan pada waktu yang sukar ini.

“Ingatan tulus ikhlas dan doa rakyat Malaysia adalah bersama-sama rakyat negara itu khususnya kepada mereka yang terkesan dengan bencana ini.

“Kami berdoa kepada Allah SWT agar rakyat Afghanistan diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi musibah yang melanda serta kesembuhan segera bagi mereka yang cedera,” menurut kenyataan itu.

Sekurang-kurangnya 1,000 orang terbunuh manakala 1,500 yang lain cedera dalam gempa bumi itu – yang terburuk pernah melanda Afghanistan sejak dua dekad lalu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This